Sunday 8 May 2011

Program Taklimat Penerangan dan Penubuhan KRT Kampung Tersusun Tasek


السلام عليكم
بسم الله

CEGAHLAH JENAYAH
HIDUP AMAN 
KELUARGA BAHAGIA


perjumpaan dan
perbincangan antara
pihak polis dan 
JKKK Kg Tersusun Tasek 





Program taklimat yang telah
diadakan pada
7 Mei 2011 
berjalan dengan lancar
dengan penyertaan seramai
150 orang penduduk Kampung Tersusun Tasek .


set up khemah dan tempat duduk tetamu

buffet jamuan ringan sedia terhidang




para jemputan bersedia 
menunggu majlis bermula








sebelum program taklimat dimulakan ,
kumpulan anak-anak muda KRT
telah berkonvoi dengan 
kenderaan motor 
masing-masing
sewaktu mengiringi 
ketibaan penceramah
jemputan dari 
Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional .










majlis dimulakan dengan bacaan doa 
oleh Tuan Haji Yahaya 
dan disusuli dengan 
ucapan aluan daripada 
Tuan Haji Ahmad bin Mat Wali
pengerusi JKKK Kg Tersusun Tasek .




selepas itu
pengerusi penaja KRT
Kg Tersusun Tasek
Tuan Haji Zulkefli bin Mat Taib
pula menyampaikan 
ucapannya .



beliau memberikan pujian 
dan menyatakan perasaan
bangganya kepada 
anak-anak muda
kampung yang begitu
bersemangat membuat rondaan .





upacara kemuncak kepada
program taklimat
ialah sesi penerangan
daripada Puan Siti Fatimah
pegawai dari
Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional
Negeri Perak .




taklimat tersebut mendapat
respon yang bagus daripada
orang kampung yang mana 
ada yang mengambil 
kesempatan untuk
bertanyakan soalan-soalan 
berkaitan .

selain daripada pegawai 
Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional memberikan jawapan
kepada soalan tersebut ,
Ketua Balai Polis Bercham 
juga berkesempatan
menjawab soalan yang dikemukakan .
beliau memberikan jawapan
yang menyuntik semangat
anak-anak muda 
supaya tidak takut semasa
membuat rondaan . 


Inspektor Fauzi
Ketua Balai Bercham



selesai taklimat tersebut ,
penaja KRT memberikan 
cenderamata kepada 
pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional
Negeri Perak  
seterusnya 
barisan ajk penaja KRT KTT
berpeluang merakam gambar
beramai-ramai
bersama dengan para jemputan .








barisan jawatankuasa penaja 
bersama dengan pasukan rondaan KRT





program taklimat diakhiri dengan 
jamuan ringan .




sekian .

gambar kenang-kenangan 
barisan jawatankuasa penaja KRT KTT,
pasukan rondaan bersama 
pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional serta
tetamu jemputan .


3 comments:

ves said...

haha teman rasa bertuah menjadi sebahagian dr anak kariah krtktt...jom ramai ramai kan lagi jemaah kita haha

hasmardy said...

header yang tak tahan teman tgk... memang dah aim.... shot shooter!!

ves said...

haha edy..siap shooter tu berkepala botak haha~ apa yg penting skrg ni jemputlah semua rakan2 sekampung jadi follower blog nih~

Post a Comment

sila komen :