Wednesday 20 April 2011

Pasukan Rondaan Sukarela

السلام عليكم
بسم الله


CEGAHLAH JENAYAH
HIDUP AMAN 
KELUARGA BAHAGIA


PEMBERITAHUAN RONDAAN KESELAMATAN SECARA SUKARELA 
DI KG.TERSUSUN TASEK


Makluman kepada seluruh masyarakat penduduk kg.Tersusun Tasek,suatu pasukan rondaan keselamatan secara sukarela telah dijalankan disekitar kg. Tersusun dan taman-taman yang berhampiran mulai pada 1 April 2011.Ini adalah kerana terlalu banyak kes-kes yang melibatkan pecah rumah,kecurian barangan dan kes ragut yang berlaku semakin berleluasa.


Untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan keluarga penduduk di kg.Tersusun dan taman-taman yang berhampiran,kehadiran tuan-tuan secara sukarela untuk bersama-sama memantau keselamatan kita bersama amatlah dialu-alukan.


Langkah-langkah keselamatan/pencegahan.


  • Pastikan pintu pagar dan rumah sentiasa berkunci terutamanya diwaktu malam.
  • Waktu malam-nyalakan lampu samada dipagar,dihadapan atau dihadapan.
  • Sentiasa berhubung dengan jiran yang berhampiran dan mempunyai no telefon jiran.
  • Dapatkan no telefon balai yang berdekatan dan bilik gerakan atau rakan cop.
  • Jika kecemasan hubungi segera pihak berkuaaansa,jiran yang berhampiran,pasukan rondaan sukarela atau ahli keluarga yang berdekatan.
buat pengetahuan para pembaca sekalian,
rondaan dijalankan setiap hari
pada seawal 9 malam 
dan 
selewat 7 pagi
seramai kurang lebih 30 orang anggota rondaan
menjalankan tugas 


tanpa mengira penat lelah
tanpa mengira waktu
tanpa mengira keselamatan
mereka berjaga malam hingga ke pagi
demi menjaga keselamatan orang2 KAMPONG


terima lah serangkap pantun :


ayam belanda itik serati
meh la join geng KRT
ahaha


sekian.